Rabu, 27 Januari 2016

PERPISAHAN



Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali dan mungkin hati ini akan lebih menyayangi dirimu, aku tahu aku seperti melarikan diri, tetapi aku tidak pernah berkata memori kita selama ini tidak indah, tetapi jikalau aku tidak cuba bertindak sekarang aku takut aku akan menyesal seumur hidupku dan bukan aku tidak mahu menoleh kebelakang tetapi gerak hati aku berkata pergilah ketempat lain walaupun didunia lain, jadi lepaskanlah aku, aku tahu ianya perit tetapi kita terpaksa membuat pengorbanan ini untuk masa depan kita bersama.

Ahad, 29 November 2015

SAKIT


Kenapa hati ini terlalu sakit apabila melihat engkau bahagia dengan orang lain? Dan kenapa hati ini sakit apabila engkau tidak mahu berkongsi cerita dengan ku seperti masalah engkau dan berita gembira yang engkau terima? Adakah ini titik permulaan perpisahan kita? Adakah engkau mahukan ianya begitu?? Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab yang membuatkan hati aku semakin sakit.

Isnin, 21 September 2015

MATANG



Kadang-kadang kita terpaksa sorokkan diri kita yang sebenar dan menjadi diri orang lain kerana untuk menjaga hati dan perasaan manusia yang dipanggil kawan,, tenggelam didalam fikiran sebentar dan berfikir,, adakah alasanku ini betul hanya untuk menjaga hati dan perasaan manusia yang dipanggil kawan ataupun takut akan  kehilangan kawan jikalau mereka tahu diriku yang sebenar..

Isnin, 27 Julai 2015

KESAN




Kau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap aku, sampai aku sendiri tidak sanggup melupakan detik2 kita bersama seperti menghabiskan masa sampai ke lewat malam hanya sekadar berborak kosong sahaja. Tetapi sekarang, enkau sudah pergi bersama dengan orang lain, walaupun hati ini sakit yang teramat, aku tahu aku perlu teruskan hidup, dan aku tahu aku tidak sempurna mana di mata enkau, tetapi aku akan cuba ikut kesempurnaan engkau untuk perbaiki diri aku ini.

Sabtu, 25 Julai 2015

RAHSIA



Terlalu banyak rahsia yang disimpan, dan akhirnya kamu memilih untuk berkongsi rahsia dengan orang yang dipercayai dan orang yang sanggup mendengar rahsia kamu, tetapi malangnya orang yang kamu percaya itu sanggup menikam belakang kamu, dan akhirnya rahsia telah terbongkar, betapa malunya, termenung sekejap dan berfikir, apa salah kamu sampai diperlakukan sebegitu, sekarang kamu Cuma mampu kuatkan diri dan memikir cara untuk pergi dari masalah.

Jumaat, 24 Julai 2015

SEKADAR KAWAN



Sudah masuk kealam diploma, baru masuk semester 1, niat didalam hati Cuma ingin belajar dan mencari kawan baru dan lupakan kisah lama, tetapi semua itu sekejap sahaja, kerana diri ini sudah jatuh hati dengan kawan sekelas sendiri, baru sahaja kenal dia, tetapi terasa macam sudah lama kenal dia, walaupun kepala ini serabut dengan pelbagai masalah kerja kelas, tetapi apabila dapat menatap wajah dia, rasa serabut itu hilang dengan sendirinya, ingin meluahkan perasaan ini,, tetapi sedihnya kamu ‘Cuma boleh pegang dia dalam gelap sahaja’.

PERBUALAN


Sudah hampir lewat malam, terasa hati ini ingin mencari teman untuk berbual tentang perkara duniawi yang membuatkan dunia ini Cuma untuk kau dan dia sahaja, dan tidak ambil kisah tentang masalah sekeliling. Tetapi kadang kala percakapan kau disalah erti bagi dia, kenapa? Adakah kerana kau bodoh sebab tidak menapis cara percakapan kau ataupun dia yang bodoh sebab masih tidak kenal cara percakapan kau.